Penghantar Foodpanda Mula mogok



Penghantar makanan Foodpanda memulakan mogok hari ini sebagai bantahan terhadap skim pembayaran baru yang dilaksanakan syarikat penghantaran makanan itu.

Dia juga berkata kira-kira 100 penghantar makanan membuat aduan di pejabat buruh Johor Bahru berkenaan pelaksanaan skim baru tersebut.



Mogok tiga hari itu dibuat serentak dengan pengenalan skim pembayaran baharu yang juga bermula hari ini, dan berlangsung di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Malah pekerja Foodpanda di Pulau Pinang juga dikatakan akan melancarkan mogok sama, hari ini.
Setakat ini, skim pembayaran baharu tersebut belum dilaksanakan kepada rider di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada malam Jumaat lalu, mogok dilaporkan berlaku di Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Dalam skim baru itu, Foodpanda menghapuskan bayaran mengikut jam dengan meningkatkan bayaran setiap pesanan antara RM4.50 hingga RM7.
Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.
Pada 28 September lalu, Pengarah Urusan Foodpanda Sayantan Das berkata perubahan itu untuk membolehkan penghantar makanan yang mahu bekerja lebih mendapat kuantiti penghantaran tinggi justeru mendapat lebih pendapatan.
Selain itu penghantar juga mendapat bayaran lain antaranya bonus RM100 jika bekerja selama 60 jam seminggu,
Malah rider sendiri mengaku perlu menunggu 2-3 jam tanpa mendapat sebarang pesanan (dipetik MalaysiaKini). Ini jauh daripada apa dicanangkan Foodpanda yang boleh dapat tiga pesanan dalam sejam.
Apa kata rider Foodpanda kita?

Ulasan